ad

EXCO: Negeri nafi dakwaan lebih 200 sekolah agama rakyat ditutup

9 Sep 2025, 3:31 AM
EXCO: Negeri nafi dakwaan lebih 200 sekolah agama rakyat ditutup

SHAH ALAM, 9 SEPT: Kerajaan Negeri menolak dakwaan tular yang mendakwa lebih 200 sekolah agama rakyat di negeri ini bakal ditutup sehingga menjejaskan kira-kira 40,000 pelajar.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata tuduhan berkenaan tidak benar, malah rakaman video yang digunakan adalah klip lama dari 2023.

“Video itu adalah rakaman tahun 2023 yang sengaja diulang siar. Setakat ini tidak ada sebarang perancangan atau tindakan menutup sekolah agama Islam di Selangor.

"Angka 40,000 pelajar yang dikaitkan juga tidak tepat,” katanya semalam dalam wawancara bersama Selangor.FM.

Beliau turut memaklumkan Kerajaan Negeri sudah menyerahkan aduan rasmi kepada Kementerian Komunikasi bagi menyiasat pemilik akaun TikTok yang menyebarkan rakaman berkenaan.

Katanya lagi, pihaknya sedang meneliti garis panduan baharu bagi memperkukuh aspek keselamatan dan kebajikan guru serta murid di sekolah agama seluruh negeri.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.