SHAH ALAM, 8 SEPT: Anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran hutan seluas 2.3 hektar berhampiran Bandar Puteri, di sini.
Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis mengesahkan kejadian berkenaan, lapor The Star.
“Kebakaran melibatkan kawasan hutan seluas 2.3 hektar. Api masih marak dan kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan,” katanya.
Terdahulu, Lembaga Lebuhraya Malaysia turut berkongsi beberapa imej kebakaran berkenaan yang dirakam menerusi kamera trafik di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) melalui laman sosial rasminya.