ad

Fenomena Blood Moon: Ratusan tunai solat sunat gerhana di Masjid Negeri (VIDEO)

8 Sep 2025, 7:29 AM
Fenomena Blood Moon: Ratusan tunai solat sunat gerhana di Masjid Negeri (VIDEO)
Fenomena Blood Moon: Ratusan tunai solat sunat gerhana di Masjid Negeri (VIDEO)
Fenomena Blood Moon: Ratusan tunai solat sunat gerhana di Masjid Negeri (VIDEO)

SHAH ALAM, 8 SEPT: Kira-kira 100 jemaah menunaikan solat sunat gerhana bulan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, tengah malam tadi susulan fenomena gerhana bulan penuh.

Solat sunat dua rakaat bermula 12.30 tengah malam itu diimamkan Ustaz Abdul Karim Omar, manakala khutbah bertajuk Menyingkap Keagungan Ilahi disampaikan Ustaz Muhammad Shahrul Akbar.

Selain di masjid negeri, solat sunat gerhana turut dianjurkan serentak di semua masjid dan surau di seluruh Selangor bagi memberi peluang umat Islam bersama-sama menghayati kebesaran Allah SWT.

Fenomena yang dikenali sebagai Blood Moon itu mencuri perhatian apabila bulan berada paling hampir dengan bumi iaitu kira-kira 364,773 km, sekali gus memancarkan warna kemerahan ketika puncak gerhana.

Agensi Angkasa Malaysia menjelaskan gerhana berlaku apabila bumi berada di antara matahari dan bulan, menyebabkan bayangan bumi menutupi bulan sepenuhnya.

Fenomena bermula jam 11.28 malam dengan fasa penumbra sebelum mencapai kemuncak sekitar jam 2 pagi tadi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.