ad

MB tegas tolak sentimen perkauman, seru rakyat pertahan keharmonian

7 Sep 2025, 5:49 AM
MB tegas tolak sentimen perkauman, seru rakyat pertahan keharmonian
MB tegas tolak sentimen perkauman, seru rakyat pertahan keharmonian
MB tegas tolak sentimen perkauman, seru rakyat pertahan keharmonian

KLANG, 7 SEPT: Kerajaan Negeri menegaskan tidak akan membiarkan sentimen perkauman berakar umbi kerana ia boleh meruntuhkan asas perpaduan yang menjadi kekuatan negara sejak Merdeka.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyeru rakyat kembali menghayati semangat masyarakat majmuk dengan menghargai perbezaan budaya dan kaum.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap sempena larian Run For Peace di Padang Awam Taman Klang Jaya, Klang pada 7 September 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Sebab itu perdana menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) baru-baru ini ketika di China menyebut kepentingan untuk kita kembali kepada semangat masyarakat majmuk (multiculturalism), menghargai perbezaan budaya dan kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Larian Run For Peace anjuran Persatuan Soka Gakkai Malaysia di Padang Awam Taman Klang Jaya, di sini hari ini.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersama ribuan peserta acara larian Run For Peace anjuran Persatuan Soka Gakkai Malaysia di Padang Awam Taman Klang Jaya, Klang pada 7 September 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Mengulas isu Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Amirudin menolak dakwaan kononnya inisiatif itu hanya menguntungkan pasar raya milik kaum tertentu.

“Ini gila. Setiap kali ada inisiatif atau acara untuk membantu mahupun menyatupadukan rakyat, mesti ada pihak cuba mengubahnya menjadi isu kaum. Ini sangat tidak bertanggungjawab.

“Sebagai pemimpin, saya tidak akan membiarkan sentimen perkauman ini terus membiak dalam negeri kita. Kita mesti hentikan budaya menyemai kebencian antara kaum,” tegasnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.