ad

Nasyrul Quran: Dari Putrajaya, kalam Allah menyebar ke dunia (FOTO ESEI)

7 Sep 2025, 3:00 AM
Nasyrul Quran: Dari Putrajaya, kalam Allah menyebar ke dunia (FOTO ESEI)

Di Putrajaya berdiri sebuah mercu tanda yang menyimpan denyut peradaban Islam Kompleks Nasyrul Quran. Ia bukan sekadar dinding dan ruang, tetapi pusat yang menyatukan seni percetakan moden, warisan khat, serta amanah penyebaran mushaf al-Quran ke serata dunia.

Di sinilah setiap helaian mushaf dilahirkan dengan penuh teliti sebelum dihantar jauh hingga ke benua Asia Pasifik dan Afrika. Kompleks ini juga menjadi rumah kepada seni khat, galeri mushaf antarabangsa, serta ruang pendidikan yang mendekatkan masyarakat dengan keindahan kalam Allah.

Melalui bidikan lensa Mohd Khairul Helmy Mohd Din, terserlah bukti bahawa Malaysia memikul peranan besar bukan sekadar mencetak, tetapi juga menyebarkan wahyu suci kepada umat sejagat.

Kakitangan Nasyrul Quran memeriksa setiap helaian dengan teliti bagi memastikan tiada sebarang kesilapan pada ayat suci. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Setiap helaian mushaf disemak dengan penuh teliti oleh kakitangan Nasyrul Quran, memastikan kesempurnaan kalam suci al-Quran terpelihara. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR.

Walaupun al-Quran dicetak menggunakan teknologi moden di Kompleks Nasyrul Quran, proses semakan manual masih dijalankan dengan penuh teliti bagi memastikan ketepatan setiap huruf dan tanda bacaan. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR.

Setiap helaian mushaf al-Quran diperiksa dengan penuh teliti oleh kakitangan Nasyrul Quran sebelum dijilid, memastikan tiada sebarang kesilapan tertinggal. Amanah ini menjadi benteng terakhir dalam menjaga kesempurnaan kalam suci. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR.

Setiap helaian yang dijaga rapi akhirnya dipersatukan dalam kulit mushaf yang dipasang kemas, simbol kemuliaan dan keagungan al-Quran yang terus terpelihara. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Dari Putrajaya ke serata dunia, mushaf al-Quran yang siap dijilid disusun rapi di Kompleks Nasyrul Quran, sebuah amanah besar menyebarkan kalam suci tanpa batasan. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.