ad

Piala Asia Hoki Wanita 2025: Malaysia tewas 0-8 kepada China

5 Sep 2025, 2:55 PM

KUALA LUMPUR, 5 SEPT: Skuad hoki wanita negara bermula langkah kiri apabila tewas 0-8 kepada tuan rumah, China pada aksi pembukaan Kumpulan A Kejohanan Piala Asia Hoki Wanita 2025 di Gongshu, China, hari ini.

Pada aksi di Gongshu Canal Sports Park Stadium, pasukan China tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi Zou Meirong pada minit pertama sebelum Li Hong (13’) dan Ou Zixia (17’, pukulan sudut penalti) menambah kelebihan buat pasukan tuan rumah.

Bersambung babak kedua, China terus garang dengan gol daripada Dan Wen (32’), Fan Yunxia (34’, pukulan sudut penalti), Zou Meirong (36’), Chen Yang (40’) dan Zhong Jiaqi (49’) sekali gus memastikan kemenangan bergaya 8-0.

Anak buah Mohd Nasihin Nubli dijadual menentang Taiwan pada Ahad (7 Sept), sebelum menutup aksi peringkat kumpulan bertemu Korea Selatan pada Isnin.

Kejohanan Piala Asia Hoki Wanita edisi kali ini berlangsung bermula hari ini hingga 14 Sept.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.