ad

EXCO, kakitangan negeri tawan puncak Kinabalu, catat rekod MBOR

5 Sep 2025, 3:04 AM
EXCO, kakitangan negeri tawan puncak Kinabalu, catat rekod MBOR
EXCO, kakitangan negeri tawan puncak Kinabalu, catat rekod MBOR
EXCO, kakitangan negeri tawan puncak Kinabalu, catat rekod MBOR

SHAH ALAM, 5 SEPT: EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Najwan Halimi bersama tiga kakitangan Tourism Selangor dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawan puncak Gunung Kinabalu, semalam.

Menerusi Instagram Pejabat SUK Selangor, ekspedisi itu menjadi lebih bermakna apabila tercatat dalam Malaysia Books Of Records (MBOR) kerana membaca ikrar di puncak tertinggi di Malaysia.

EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Najwan Halimi (tengah) dan delegasi Selangor ketika menerima sijil pengiktirafan dari MBOR pada 4 September 2025. Foto Najwan Halimi

“Ekspedisi yang penuh cabaran ditambah dengan hujan ini bermula dari Timpohon Gate dan mengambil masa sekitar enam jam untuk sampai ke Laban Rata sebelum meneruskan pendakian akhir ke puncak sejauh 1.5 kilometer (km).

“Pasukan pendaki juga akan menuruni laluan sejauh 2.5km dan menyambung baki 6km keesokkan harinya (esok) jam 8 pagi. Tahniah dan syabas diucapkan,” katanya.

EXCO Belia bersama kakitangan Tourism Selangor dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawan puncak Gunung Kinabalu pada 4 Ogos 2025. Foto Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Menariknya, selain bacaan ikrar pada ketinggian 4,095 meter dari paras laut, delegasi tersebut turut mengibarkan bendera Tahun Melawat Selangor 2025 di puncak tertinggi berkenaan.

Pengiktirafan Malaysia Books Of Records (MBOR) kategori membaca ikrar di puncak tertinggi di Malaysia. Foto Najwan Halimi

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.