ad

Kisah masjid tua 100 tahun merentas zaman, menjaga warisan

5 Sep 2025, 3:00 AM
Kisah masjid tua 100 tahun merentas zaman, menjaga warisan

Masjid Tua Syeikh Ismail di Hulu Bernam teguh berdiri sebagai lambang warisan Islam berusia lebih satu abad, yang menyimpan kisah perjuangan dakwah dan kehidupan masyarakat setempat sejak zaman dahulu.

Dibina sejak awal abad ke-20, masjid ini bukan sekadar tempat ibadah, tetapi lambang perpaduan, keteguhan iman, dan identiti masyarakat setempat yang diwarisi turun-temurun.

Memiliki seni bina tradisional Melayu dan pengaruh Islam klasik, masjid ini menjadi saksi kepada perjalanan masa, perubahan generasi, dan kesinambungan dakwah di tanah air.

Jurufoto Fikri Yusof merakam keindahan, dan nilai-nilai yang terkandung dalam Masjid Tua Syeikh Ismail, sekali gus membuka jendela kepada kisah silam dan kekayaan budaya yang perlu dihargai dan dipelihara.

Bilal masjid Omar Abd Karim memeriksa lampu mimbar Masjid Tua Syeikh Ismail, Ulu Bernam, Hulu Selangor pada 4 Ogos 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Ukiran kayu struktur asal masih dikekalkan menjadi penyeri di keliling Masjid Tua Syeikh Ismail, Ulu Bernam, Hulu Selangor pada 4 Ogos 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Tiang-tiang masjid menggunakan pasak (tanpa paku) mengekalkan struktur asal Masjid Tua Syeikh Ismail, Ulu Bernam, Hulu Selangor pada 4 Ogos 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Tangga untuk naik ke kubah Masjid Tua Syeikh Ismail, Ulu Bernam, Hulu Selangor pada 4 Ogos 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Papan tanda dalam tulisan Jawi, masjid yang dinamakan sempena seorang ulamak ini dibuka pada 15 Safar tahun 1345 Hijriah iaitu bersamaan 24 Ogos 1926 di Masjid Tua Syeikh Ismail, Ulu Bernam, Hulu Selangor pada 4 Ogos 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Tiang-tiang masjid menggunakan pasak dan keadaan dalam masjid yang masih mengekalkan struktur asal Masjid Tua Syeikh Ismail, Ulu Bernam, Hulu Selangor pada 4 Ogos 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Imam masjid Mohd Faisal Mohd Saad menunjukkan beduk yang masih disimpan di Masjid Tua Syeikh Ismail, Ulu Bernam, Hulu Selangor pada 4 Ogos 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Siak masjid Izhad Abdul Aziz sedang membaca Al-Quran di Masjid Tua Syeikh Ismail, Ulu Bernam, Hulu Selangor pada 4 Ogos 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Serambi Masjid Tua Syeikh Ismail, Ulu Bernam, Hulu Selangor pada 4 Ogos 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.