ad

SKMM padam 31 akaun palsu Facebook guna nama NSRC

4 Sep 2025, 10:47 AM
SKMM padam 31 akaun palsu Facebook guna nama NSRC

SHAH ALAM, 4 SEPT: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memadam 31 akaun palsu di Facebook yang dikesan menyalahgunakan nama Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

SKMM dalam kenyataan berkata tindakan tidak bertanggungjawab itu mengelirukan orang ramai selain menjejaskan fokus NSRC dalam melindungi masyarakat daripada jenayah penipuan dalam talian.

Agensi itu menegaskan maklumat rasmi mengenai NSRC hanya boleh diperoleh melalui saluran sah agensi penguat kuasa.

“Orang ramai digesa berwaspada, melaporkan akaun atau mesej meragukan kepada pihak berkuasa, serta bersama mempertahankan integriti NSRC,” jelas SKMM.

Tambahnya, SKMM akan terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), NSRC dan penyedia platform media sosial bagi mengekang penyebaran akaun serta maklumat palsu demi keselamatan pengguna internet.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.