ad

Jualan lebih RM100 juta hari keempat tebus bantuan SARA RM100

4 Sep 2025, 12:13 AM
Jualan lebih RM100 juta hari keempat tebus bantuan SARA RM100
Jualan lebih RM100 juta hari keempat tebus bantuan SARA RM100
Jualan lebih RM100 juta hari keempat tebus bantuan SARA RM100

KUALA LUMPUR, 4 SEPT: Pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memasuki hari keempat hari ini berjalan lancar dengan rekod jualan sebanyak RM117.1 juta, melibatkan 1.8 juta penerima di seluruh negara.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), jumlah itu meningkat berbanding hanya RM76.8 juta oleh 1.1 juta penerima pada 2 Sept.

"Kadar transaksi berjaya juga meningkat kepada 99.7 peratus berbanding 95 peratus pada 2 Sept," menurut kenyataan MOF di sini malam tadi.

Selain itu, usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang tiga hari telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang tercapai semalam.

Sejak pelaksanaan pada 31 Ogos, lebih 4.8 juta rakyat membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan SARA sebanyak RM100 dan SARA, dengan jumlah perbelanjaan rakyat mencecah RM 312.6 juta di seluruh negara.

Menurut MOF, kredit RM100 Penghargaan SARA kekal sah hingga 31 Dis 2025 dan boleh digunakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.