ad

EXCO: Pelabuhan Klang ke-10 utama dunia bukti ekonomi Selangor pesat

2 Sep 2025, 4:00 AM
EXCO: Pelabuhan Klang ke-10 utama dunia bukti ekonomi Selangor pesat
EXCO: Pelabuhan Klang ke-10 utama dunia bukti ekonomi Selangor pesat

SHAH ALAM, 2 SEPT: Pencapaian Pelabuhan Klang yang berada pada kedudukan 10 pelabuhan utama dunia bukti ekonomi Selangor berkembang pesat, kata EXCO pelaburan.

Ng Sze Han berkata pengiktirafan itu membantu Selangor menjadi hab rantau Asia Tenggara untuk pelaburan yang bakal masuk.

“Tahniah diucapkan kepada Pelabuhan Klang berjaya tingkatkan perkhidmatan mereka. Pencapaian ini membuktikan bahawa ekonomi Selangor tumbuh dengan pesat dan kawasan industri baharu yang masuk juga menyumbang kepada kejayaan tersebut.

“Antara maklum balas diterima daripada pelabur adalah Pelabuhan Klang semakin cekap dan perkhidmatan ditawarkan semakin baik. Ini membantu jadikan Selangor menjadi hab rantau Asia Tenggara untuk pelaburan masuk.

“Bukan itu sahaja, pencapaian ini beri manfaat kepada sektor logistik dan gudang. Ini adalah ekosistemnya, jika ada pelabuhan cekap maka sektor logistik dan gudang turut berkembang,” katanya kepada Media Selangor.

Semalam, Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan Lloyd’s List 2025 mengumumkan Pelabuhan Klang berada di tangga ke-10 dalam senarai 100 pelabuhan utama dalam sektor maritim.

Pencapaian itu sekali gus menempatkan Pelabuhan Klang dalam kelompok 10 pelabuhan kontena paling sibuk di dunia buat julung kali.

Berdasarkan pencapaian itu, Pelabuhan Klang mengatasi Hong Kong sekali gus mencerminkan kekuatan daya saing pelabuhan negara serta mengangkat Malaysia sebagai kuasa maritim terkemuka di rantau ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.