ad

Ribuan penduduk kunjungi Karnival JER, manfaat RM100 SARA beli barangan Asas

1 Sep 2025, 5:54 AM

GOMBAK, 1 SEPT: Ribuan penduduk tidak melepaskan peluang memanfaatkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 dengan mengunjungi Karnival 100 Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Padang Awam Batu Caves, di sini hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sambutan luar biasa itu membuktikan inisiatif Kerajaan Perpaduan bersama Kerajaan Negeri benar-benar sampai kepada rakyat dalam membantu meringankan beban kos sara hidup.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap merasmikan Karnival 100 Jualan Ehsan Rahmah DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 1 September 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Keberkesanan usaha ini jelas dilihat menerusi program Jualan Ehsan Rahmah (JER) anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Program JER yang kini memasuki tahun ketiga pelaksanaannya telah membuktikan kemampuan Kerajaan Negeri menjana impak ekonomi positif dan mampan untuk rakyat,” katanya ketika merasmikan karnival berkenaan.

Orang ramai memanfaatkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membeli barangan keperluan pada program Karnival 100 Jualan Ehsan Rahmah DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 1 September 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Tua turut memaklumkan lebih 4,000 pengunjung dijangka hadir dengan bekalan barangan asas mencukupi disediakan sepanjang program.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PKPS Dato’ Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata lebih 20 jenis barangan asas dijual pada harga rendah, membolehkan rakyat memanfaatkan bantuan SARA dengan sebaiknya.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Datuk Wira Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berucap dalam program Karnival 100 Jualan Ehsan Rahmah DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 1 September 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Dengan hanya RM100, rakyat boleh mendapatkan sehingga 20 jenis barangan asas seperti beras, santan, tepung gandum, sardin, kicap, kopi dan telur.

“Selain itu, PKPS juga komited melaksanakan inisiatif sebegini demi menjamin kesejahteraan rakyat selari aspirasi Kerajaan Negeri,” katanya.

Pada 23 Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian RM100 sekali beri kepada setiap warganegara berusia 18 tahun ke atas melalui MyKad di bawah program SARA, yang boleh dibelanjakan sehingga 31 Disember 2025.

Orang ramai memanfaatkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membeli barangan keperluan pada program Karnival 100 Jualan Ehsan Rahmah DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 1 September 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.