ad

Empat lelaki maut selepas kereta dinaiki terbabas rempuh pokok di SKVE

1 Sep 2025, 4:13 AM
Empat lelaki maut selepas kereta dinaiki terbabas rempuh pokok di SKVE

SHAH ALAM, 1 SEPT: Empat lelaki maut selepas kereta pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebatang pokok berhampiran Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala ke Telok Panglima Garang, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, semua mangsa berusia 40-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

*"Kemalangan membabitkan sebuah pikap jenis Ford Ranger yang melanggar sebatang pokok.

"Terdapat empat mangsa dengan seorang daripada mereka tercampak keluar, manakala tiga lagi tersepit dalam kenderaan,"* katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.21 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang dikerahkan ke lokasi.

"Anggota bomba melakukan operasi bagi mengeluarkan ketiga-tiga mangsa tersepit dan petugas kesihatan mengesahkan kesemua mereka meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.