ad

Tang Jie-Ee Wei wakil sulung beregu campuran ke final Kejohanan Badminton Dunia

30 Ogos 2025, 2:55 PM
Tang Jie-Ee Wei wakil sulung beregu campuran ke final Kejohanan Badminton Dunia
Tang Jie-Ee Wei wakil sulung beregu campuran ke final Kejohanan Badminton Dunia

KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei melakar satu lagi sejarah baharu di kota Paris apabila mengiringi beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Dunia hari ini.

Tang Jie-Ee Wei muncul sebagai wakil sulung beregu campuran Malaysia ke pentas akhir selepas pencapaian terbaik negara sebelum ini hanyalah di peringkat separuh akhir menerusi pasangan Koo Kien Keat-Wong Pei Tty pada edisi 2006 di Madrid, Sepanyol.

Pada aksi separuh akhir di Adidas Arena, beregu ranking keempat dunia itu tidak berdepan sebarang masalah untuk mendiamkan penonton apabila menewaskan gandingan tuan rumah, Thom Gicquel-Delphine Delrue, menerusi kemenangan straight set 21-18, 21-16 dalam tempoh 53 minit.

Menanti Tang Jie-Ee Wei di perlawanan akhir esok adalah pasangan pilihan kedua dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, yang menewaskan rakan senegara mereka, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui, di separuh akhir.

Terdahulu, Pearly-Thinaah juga melakar sejarah apabila menjadi wakil sulung beregu wanita Malaysia mara ke final selepas menewaskan pasangan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida, 14-21, 21-13, 21-13 dalam tempoh 68 minit.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.