Di tingkat atas Selera Lindungan, Petaling Jaya, bunyi mesin jahit menemani Normadihah Md Nor, 43, menyiapkan busana berinspirasikan Jalur Gemilang. Benang merah, putih, biru dan kuning disulam penuh kasih agar anak-anak melangkah ke sekolah dengan bangga.
Segalanya bermula 17 tahun lalu, ketika dia sekadar mahu anak-anak tampil berbeza sempena sambutan Hari Kebangsaan. Dari hobi suka-suka, lahirlah baju bertema merdeka yang akhirnya menjadikan namanya dikenali sebagai tukang jahit busana patriotik.
Sejak tiga tahun lalu, ibu lima anak ini berani mengambil tempahan secara serius. Butik kecilnya yang dulunya hanya menerima jahitan langsir kini bertukar wajah setiap kali Julai, dipenuhi kain bendera dan lakaran busana merdeka.
Jurufoto Harun Tajudin mengabadikan momen ketekunan tukang jahit menyulam benang busana berinspirasikan Jalur Gemilang.
Normadiah Md Nor menjahit baju bertema Jalur Gemilang sempena bulan Kemerdekaan di Kampung Lindungan, Petaling Jaya pada 25 Ogos 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR
Sebahagian pakaian yang telah siap sempena bulan Kemerdekaan di Kampung Lindungan, Petaling Jaya pada 25 Ogos 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR
Pembuat baju, Normadiah Md Nor menjahit baju bertema Jalur Gemilang sempena bulan Kemerdekaan di Kampung Lindungan, Petaling Jaya pada 25 Ogos 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR
Normadiah Md Nor menunjukkan kemahiran menjahit baju bertema Merdeka sempena bulan Kemerdekaan di butiknya pada 25 Ogos 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR
Normadiah Md Nor (kiri) mengambil ukuran pelanggan cilik di butiknnya di Petaling Jaya. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR
Pembuat baju, Normadiah Md Nor menunjukkan pakaian yang telah siap di jahit sempena bulan Kemerdekaan di Kampung Lindungan, Petaling Jaya pada 25 Ogos 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR
Pelbagai jenis aksesori tengkolok yang telah siap sempena bulan Kemerdekaan di Kampung Lindungan, Petaling Jaya pada 25 Ogos 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR
Normadiah Md Nor mencuba tengkolok yang telah siap di jahit kepada anaknya sempena bulan Kemerdekaan di Kampung Lindungan, Petaling Jaya pada 25 Ogos 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR
Butik D'ha Fesyen milik Normadiah Md Nor menawarkan pelbagai perkhidmatan menjahit pakaian sejak 17 tahun lalu. Kini, wanita berumur 43 tahun itu mula menjahit pakaian kanak-kanak bertemakan kemerdekaan sejak tiga tahun lalu. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR
Normadiah Md Nor menggantung pakaian yang telah siap sempena bulan Kemerdekaan di Kampung Lindungan, Petaling Jaya pada 25 Ogos 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR
Antara koleksi busana Merdeka yang sempat diperagakan di butiknnya di Petaling Jaya. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR
Antara pakaian yang telah siap sempena bulan Kemerdekaan di Kampung Lindungan, Petaling Jaya pada 25 Ogos 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR