ad

Kejohanan Dunia 2025: Pearly-Thinaah cipta sejarah mara ke pusingan separuh akhir

29 Ogos 2025, 12:03 PM
Kejohanan Dunia 2025: Pearly-Thinaah cipta sejarah mara ke pusingan separuh akhir
Kejohanan Dunia 2025: Pearly-Thinaah cipta sejarah mara ke pusingan separuh akhir

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah mara ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris hari ini, sekali gus selangkah mencipta sejarah merangkul pingat sulung acara beregu wanita di kejohanan berprestij itu.

Pada aksi suku akhir berlangsung di Adidas Arena, pasangan nombor dua dunia itu memastikan pingat gangsa sekurang-kurangnya dalam genggaman, selepas mudah mengetepikan cabaran adik-beradik Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva dari Bulgaria.

Pearly-Thinaah meraih kemenangan set pertama dengan mata 21-15, sebelum meneruskan momentum dengan melengkapkan kemenangan set kedua 21-10.

Keputusan itu turut memadam duka lama selepas kedua-duanya terkandas di suku akhir pada edisi 2023 di Copenhagen, Denmark.

Menanti mereka di separuh akhir Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun, yang mara selepas menewaskan Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan 21-17 dan 21-14.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.