ad

Penunggang ojek maut digilis kenderaan polis, istana Jakarta mohon maaf

29 Ogos 2025, 3:52 AM
Penunggang ojek maut digilis kenderaan polis, istana Jakarta mohon maaf

SHAH ALAM, 29 OGOS: Seorang pemandu perkhidmatan sewa motosikal, ojek maut digilis kenderaan polis sehingga menimbulkan kemarahan awam ketika rusuhan di Jakarta, semalam.

BBC News Indonesia melaporkan berdasar rakaman video menunjukkan kenderaan berperisai polis menggilis Affan Kurniawan, 21, dan tetap meluncur laju meskipun mangsa telah terlantar di jalan.

Menerusi rakaman itu juga menunjukkan orang awam cuba mengejar dan menghentikan kenderaan tersebut.

Istana presiden melalui Menteri Sekretaris Negara, Prasetyo Hadi kemudian membuat permohonan maaf berhubung insiden tersebut.

"Kami memohon maaf atas kejadian apa pun yang sudah pasti tidak kita inginkan," katanya.

Manakala Ketua Divisyen Propam Polri, Irjen Abdul Karim merakamkan ucapan takziah dan berjanji akan mengambil tindakan serta melaksanakan proses “seadil-adilnya”.

Menurut beliau, pelaku terdiri daripada tujuh anggota yang berada dalam kenderaan taktikal Brimob terbabit yang kini sedang disiasat di Markas Brimob, Kwitang, Jakarta Pusat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.