SHAH ALAM, 28 OGOS: Gempa bumi lemah berukuran magnitud 2.5 direkodkan di Johor pada jam 7.56 malam, 28 Ogos 2025.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gempa terletak pada koordinat 2.6° Utara dan 102.8° Timur, iaitu kira-kira 13 kilometer di utara Segamat, Johor, dengan kedalaman 10 kilometer.
Gegaran lemah turut dirasai di beberapa kawasan di Johor. MetMalaysia memaklumkan pemantauan akan terus dijalankan dari semasa ke semasa.
Orang awam yang merasai gegaran itu diminta membantu mengisi borang soal selidik dalam talian di pautan berikut https://forms.gle/2oEMtASN33W6TV9g7
Ini merupakan kejadian gempa bumi keempat di Johor dalam tempoh seminggu. Kali pertama (magnitud 4.1) dan kedua (magnitud 2.8) berlaku pada 24 Ogos di Segamat dan Kluang, manakala kali ketiga (magnitud 3.2) direkodkan di Segamat pada 27 Ogos, jam 8.59 pagi.