ad

Lelaki intai wanita mandi di inap desa diburu

28 Ogos 2025, 7:59 AM
Lelaki intai wanita mandi di inap desa diburu

KUALA TERENGGANU, 28 OGOS: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai merakam video seorang wanita sedang mandi di sebuah inap desa di Manir di sini Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang bekerja sebagai peniaga 12.09 tengah hari semalam.

Beliau berkata menurut laporan mangsa dan suaminya dari Ampang, Selangor menyewa inap desa tersebut selama empat hari bermula 25 Ogos lalu untuk bercuti dan menjalankan penggambaran iklan baju Melayu.

"Ketika sedang mandi, mangsa yang berusia 35 tahun melihat kelibat seorang lelaki berusia 30-an di cermin tingkap sambil memegang telefon bimbit.

"Mangsa yang terkejut menjerit memanggil suaminya. Suami mangsa kemudiannya keluar mencari suspek dan melihat seorang lelaki berpakaian warna kelabu sedang melarikan diri dengan menaiki motosikal," katanya ketika dihubungi hari ini.

Azli berkata suami mangsa kemudian menghubungi pemilik inap desa tersebut untuk tindakan susulan.

Beliau berkata pihak polis mendapati terdapat kamera litar tertutup (CCTV) di inap desa berkenaan tetapi tidak menghala ke lokasi kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.