SHAH ALAM, 28 OGOS: Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai bantuan bagi membolehkan peniaga dan penjaja kecil di kawasan bandar dapat meneruskan operasi perniagaan.
Setiap tahun sejumlah RM2 juta diperuntuk kepada program Blueprint Pembasmian Kemiskinan yang menawar bantuan kewangan bagi membantu usahawan kecil bandar.
Mereka yang layak akan menerima peralatan berniaga antaranya termasuklah:
mesin jahit
periuk nasi
peti sejuk
Pelbagai peralatan niaga lain turut diberikan ikut keperluan perniagaan.
Apa itu Bantuan Blueprint Selangor?
Sebuah program bantuan membasmian kemiskinan yang menyediakan bantuan berbentuk mesin dan peralatan dengan nilai sehingga RM10,000 kepada usahawan kecil dan peniaga B40 untuk meningkatkan pendapatan mereka.
Siapa yang boleh memohon?
Golongan sasar utama:
peniaga
penjaja
individu yang bekerja sendiri (B40)
Pemohon mestilah berumur 25 tahun dan ke atas
Bagaimana cara memohon?
mohon di Pejabat Daerah dan Tanah atau Pusat Khidmat Rakyat di kawasan masing-masing, bukan melalui sistem dalam talian secara terus
permohonan akan diproses dan disiasat oleh Pejabat Daerah dan Tanah sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan
selepas kelulusan, penerima bantuan akan dipantau dari semasa ke semasa untuk memastikan bantuan beri impak terhadap pendapatan mereka