ad

RSTU tingkat kecekapan pentadbiran negeri, sokong agenda bandar pintar

27 Ogos 2025, 8:14 AM
RSTU tingkat kecekapan pentadbiran negeri, sokong agenda bandar pintar
RSTU tingkat kecekapan pentadbiran negeri, sokong agenda bandar pintar
RSTU tingkat kecekapan pentadbiran negeri, sokong agenda bandar pintar

AMPANG JAYA, 27 OGOS: Inisiatif Reformasi Sistem Penyampaian dan Tadbir Urus (RSTU) yang diperkenal pentadbiran negeri akan memastikan tadbir urus cekap dan berimpak, selain menyokong pembangunan bandar pintar.

EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin berkata RSTU antara usaha menyahut Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), selain memperlihatkan isyarat pentadbiran negeri komited berubah dan bergerak lebih jauh bersama rakyat serta masa hadapan.

“Kerangka RSTU tumpu lapan fokus utama antaranya tadbir urus integriti, reformasi penyampaian, pemecahan budaya silo, reformasi aduan, modal insan berdaya iaitu meningkatkan kemahiran ikhtisas kalangan penjawat awam.

“Selain itu, pemerkasaaan akar umbi, mengukuhkan agensi sampai di peringkat daerah dan pengukuhan pemantauan program. Penilaian akan dibuat selepas pelaksanaan lapan fokus utama reformasi ini selesai,” katanya.

Berucap pada majlis perasmian Konvensyen Sinergi Bandar Pintar Ampang Jaya, Jamaliah memberitahu aspirasi pendigitalan perkhidmatan awam giat dilaksanakan dalam merealisasikan hasrat kerajaan Selangor mewujudkan bandar pintar.

“Pelaksanaan dan pengurusan sebuah bandar pintar membabitkan pelbagai pihak daripada kerajaan dan sektor awam kepada sektor swasta dan pemaju, sehinggalah masyarakat setempat itu sendiri.

“Ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana bukan sahaja memerlukan komitmen malah sumber kewangan yang mencukupi untuk kesinambungan sistem pintar ini,” jelasnya.

Pada 4 Ogos, Kerajaan Selangor memperkenal RSTU sebagai pemacu utama pelaksanaan dasar negeri dan penyelarasan dasar Kerajaan Persekutuan.

Dirasmikan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari, pelaksanaan kerangka reformasi itu menumpukan lima objektif utama supaya pembaharuan sistem penyampaian dan tadbir urus cekap dan berimpak.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.