ad

Bapa penyanyi Ziana Zain, Zin Abdullah, meninggal dunia

26 Ogos 2025, 3:55 PM
Bapa penyanyi Ziana Zain, Zin Abdullah, meninggal dunia

SHAH ALAM, 26 OGOS: Bapa penyanyi terkenal Ziana Zain dan Anuar Zain, Zin Abdullah, meninggal dunia pada jam 3.32 petang hari ini di kediamannya di Kayangan Heights, Shah Alam.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina, Shah Alam, sebelum waktu Maghrib, lapor Berita Harian.

Allahyarham yang juga pesara polis pernah terlibat dalam kugiran muzik pasukan beruniform dan dikenali sebagai figura penting yang memberi dorongan dalam perjalanan seni anak-anaknya, khususnya Ziana dan Anuar Zain.

Dalam pada itu, Anuar, 58, mendedahkan arwah bapanya disahkan menghidap barah prostat sejak Disember tahun lalu.

Bercakap kepada Utusan Malysia, Anuar meluahkan rasa syukur apabila urusan pengurusan jenazah bapanya berjalan lancar.

Menurut beliau proses memandikan, mengkafankan, solat dan pengebumian jenazah selesai dalam tempoh kurang lima jam.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.