SHAH ALAM, 26 OGOS: Orang ramai dipelawa menyertai Combi Fun Walk 2025, acara santai yang menyatukan aktiviti fizikal, kemasyarakatan dan kesedaran kesihatan dalam suasana menyeronokkan.
Acara anjuran bersama pasukan Combi serta beberapa agensi kesihatan itu diadakan 26 Oktober ini di Dragon Fly Eco Grandeur, Puncak Alam bermula seawal 7.30 pagi.
Peserta boleh memilih untuk berjalan sejauh 3 kilometer (KM) atau 5KM, dan boleh menyertai pelbagai aktiviti sampingan seperti pemeriksaan kesihatan percuma, zon aktif serta gerai jualan komuniti.
Menurut penganjur, yuran penyertaan RM39 dan peserta menerima t-shirt eksklusif, medal penamat, beg cenderamata serta nombor cabutan bertuah yang melayakkan mereka memenangi hadiah utama seperti motosikal, basikal serta pelbagai lagi hadiah menarik.
“Program ini bukan sekadar galakan untuk bergerak aktif, tetapi juga sebagai platform menyemai semangat komuniti dan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk,” kata wakil penganjur dalam kenyataan.
Pendaftaran sudah dibuka dan akan ditutup pada 5 Oktober dengan penyertaan dihadkan kepada 1,000 peserta sahaja.