ad

Pokok tumbang di Persiaran Hamzah Alang Meru akibat ribut

25 Ogos 2025, 3:50 PM
Pokok tumbang di Persiaran Hamzah Alang Meru akibat ribut

SHAH ALAM, 25 OGOS: Sebatang pokok tumbang berhadapan stesen minyak Shell di Persiaran Hamzah Alang di Meru, Klang akibat ribut yang melanda sekitar 9 malam ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 9.21 malam dan seramai lima anggota dari Balai Bomba Kapar digerakkan ke lokasi kejadian.

"Terdapat pokok tumbang dan telah menghalang jalan raya. Kerja-kerja pemotongan dan pengalihan dahan kayu telah selesai dilakukan anggota bomba di lokasi," maklum Saharudin Md Shah menerusi kenyataan.

Terdahulu, hujan lebat dan ribut petir diramalkan melanda hampir seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 2 pagi menyebabkan beberapa kawasan terjejas.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan yang terlibat ialah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.