ad

Hampir seluruh Selangor, KL dan Putrajaya diramal ribut petir hingga 2 pagi

25 Ogos 2025, 2:45 PM
Hampir seluruh Selangor, KL dan Putrajaya diramal ribut petir hingga 2 pagi

SHAH ALAM, 25 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda hampir seluruh Selangor hingga 2 pagi.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, kawasan yang terlibat ialah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama dijangka berlaku di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan beberapa kawasan di Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Jelas MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.