ad

800 kes kecurian dalam kedai gagal diselesai dalam sehari di UK

25 Ogos 2025, 3:10 PM
800 kes kecurian dalam kedai gagal diselesai dalam sehari di UK

MOSCOW, 25 Ogos (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- United Kingdom (UK) merekodkan jumlah tertinggi kes kecurian di kedai dalam tempoh setahun, menurut laporan akhbar The Times memetik data dibentangkan kepada Parlimen, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Sebanyak 530,643 kes dicatatkan di England dan Wales dalam tempoh 12 bulan yang berakhir 31 Mac lalu, jumlah tertinggi sejak rekod mula dicatat lebih dua dekad lalu, menurut laporan itu.

Data turut menunjukkan kira-kira 800 kes kecurian setiap hari tidak dapat diselesaikan, bersamaan lebih 289,000 kes setahun.

Hanya 18 peratus daripada keseluruhan kes berjaya dibawa ke muka pengadilan.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.