ad

Menteri: Subsidi RON95 disasar semula, umum akhir September

25 Ogos 2025, 10:02 AM
Menteri: Subsidi RON95 disasar semula, umum akhir September
Menteri: Subsidi RON95 disasar semula, umum akhir September

KUALA LUMPUR, 25 OGOS: Kerajaan kekal dengan perancangan melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 dan perincian lanjutnya dijangka diumumkan menjelang akhir September 2025.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata langkah itu perlu berikutan dasar subsidi pukal yang diamalkan sejak sekian lama hanya membebankan fiskal negara dan tidak memberi manfaat kepada majoriti rakyat.

“Maka sebab itu atas semangat sama, penyasaran subsidi petrol RON95 sepertimana (juga) subsidi elektrik dan diesel, tidak menjejaskan rakyat terbanyak,” katanya pada sesi Kamar Khas Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang meminta penjelasan mengenai indikator dan asas penentuan digunakan kerajaan untuk menyenaraikan individu atau isi rumah dalam kategori T15 (isi rumah dengan 15 peratus teratas dari segi pendapatan bulanan) serta bentuk notifikasi, saluran pengesahan dan sistem rayuan yang akan diwujudkan bagi melindungi hak rakyat dalam pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95.

Menjelaskan selanjutnya, Amir Hamzah berkata kerajaan juga kini di fasa akhir memperhalusi kriteria kelayakan dan kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 bersama dengan semua pihak berkepentingan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.