ad

Lebih 700 sertai cabaran joran Merdeka MBSJ, rebut wang tunai RM5,000

24 Ogos 2025, 5:53 AM
Lebih 700 sertai cabaran joran Merdeka MBSJ, rebut wang tunai RM5,000
Lebih 700 sertai cabaran joran Merdeka MBSJ, rebut wang tunai RM5,000
Lebih 700 sertai cabaran joran Merdeka MBSJ, rebut wang tunai RM5,000

SUBANG JAYA, 24 OGOS: Seramai 758 kaki pancing menyertai pertandingan Cabaran Joran Merdeka MBSJ sempena Ulang Tahun Kelima Majlis Bandaraya Subang Jaya dan bulan Kemerdekaan di Taman Tasik Seri Aman Puchong di sini, hari ini.

Ahli Majlis Zon 12 MBSJ Fauzan Rosli berkata pertandingan dwi tahunan itu mencatat peningkatan lebih 200 orang berbanding sekitar 500 peserta pada 2023 sekali gus berupaya meningkatkan lagi potensi taman tasik berkenaan sebagai lokasi pelancongan riadah.

Ahli Majlis Zon 12 MBSJ Fauzan Rosli

“Hadiah yang ditawarkan berupa wang tunai bermula tempat pertama hingga ke 100. Juara membawa pulang wang tunai RM5,000; tempat kedua RM2,000 dan ketiga RM1,000. Setiap peserta juga berpeluang memenangi cabutan bertuah yang menawarkan sebuah motosikal,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya lagi, antara aktiviti menarik lain buat peserta dan pengunjung kejohanan melalui program Lestari Kampung adalah pertandingan sepakan penalti, solat Subuh berjemaah serta ceramah agama disampai oleh selebriti Shamsul Ghau Ghau.

“Program juga menjana ekonomi peniaga setempat, ada medan selera yang mempunyai lesen niaga beroperasi di taman tasik ini manakala peniaga walk-in juga diberi ruang untuk meraih pendapatan,” katanya lagi.

Antara peserta Pertandingan Cabaran Joran Merdeka MBSJ sempena sambutan Ulang Tahun Kelima Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan bulan kemerdekaan di Taman Tasik Seri Aman, Puchong, Subang Jaya pada 24 Ogos 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.