ad

MetMalaysia: Pusat gempa terletak lima kilometer barat Segamat

24 Ogos 2025, 1:28 AM
MetMalaysia: Pusat gempa terletak lima kilometer barat Segamat

KUALA LUMPUR, 24 OGOS: Gegaran gempa bumi lemah bermagnitud 4.1 yang berlaku di Segamat, Johor pada 6.13 pagi tadi turut dirasai penduduk di Melaka, Negeri Sembilan dan selatan Pahang.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa terletak lima kilometer barat Segamat pada kedalaman 10 kilometer.

Beliau berkata pihaknya akan terus memantau keadaan berkenaan.

Terdahulu, kerajaan Johor menasihati orang ramai menjauhi struktur tidak kukuh dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa, susulan gegaran gempa bumi lemah berkenaan.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz berkata beliau telah berhubung dengan Pegawai Daerah Segamat Mohd Ezzuddin Sanusi dan dimaklumkan bahawa setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.