ad

Tiada henti tugas loji air takat Ogos, pencemaran turun sekali ganda

22 Ogos 2025, 2:01 AM

SHAH ALAM, 22 OGOS: Pencemaran sungai di negeri ini turun hampir sekali ganda dengan 31 kes setakat 15 Ogos berbanding 52 kes pada tahun lalu, maklum Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Menurut agensi pengurusan sumber air negeri itu, pencemaran tertinggi direkod pada 2022 iaitu 88 kes dan turun 44 kes pada tahun berikutnya hasil pelaksanaan Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) yang mengawal permasalahan kualiti air tanpa menjejaskan operasi loji rawatan air (LRA).

“Pindaan hukuman berhubung kesalahan pencemaran sumber air daripada RM100,000 kepada RM1 juta dan penjara mandatori turut berjaya menyampaikan mesej bahawa LUAS dan Kerajaan Selangor serius memastikan sumber air sentiasa dipelihara,” katanya.

LUAS memaklumkan jumlah henti tugas LRA turut berkurang sejak 2020 bermula 15 kes diikuti 2021 (2), 2022 (4), 2023 (5), 2024 (4) dan tiada henti tugas dilaksana pada tahun ini.

Selain itu, Unit Skuad Elit Air LUAS (SKEAL) (dahulu Skuad PANTAS) turut membantu mengawal pencemaran sumber air menerusi pemantauan statik dan rondaan 24 jam di kawasan tumpuan sekitar lembangan Sungai Selangor dan Sungai Langat.

“LUAS melalui Unit SKEAL turut menyelaras tindakan kawalan segera bersama pelbagai agensi serta pihak berkepentingan di peringkat kerajaan persekutuan dan Kerajaan Negeri melalui platform Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.