ad

Bekalan air Selangor kekal stabil meski berlaku pencemaran, SJAM berkesan

22 Ogos 2025, 12:41 AM
Bekalan air Selangor kekal stabil meski berlaku pencemaran, SJAM berkesan
Bekalan air Selangor kekal stabil meski berlaku pencemaran, SJAM berkesan
Bekalan air Selangor kekal stabil meski berlaku pencemaran, SJAM berkesan
Bekalan air Selangor kekal stabil meski berlaku pencemaran, SJAM berkesan

SHAH ALAM, 22 OGOS: Gangguan bekalan air hampir pasti berlaku sebanyak tiga kali pada Julai lalu akibat pencemaran sumber air jika Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) belum terlaksana.

Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Dato’ Johary Anuar berkata orang ramai tidak terjejas sebaliknya mereka terus menerima bekalan air bersih meskipun sumber air tercemar.

“Berlaku pencemaran di Putrajaya dan Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) keluar notis akan ada gangguan bekalan.

“Tetapi disebabkan SJAM diaktifkan, dalam enam hingga tujuh jam, pencemaran bau dapat diatasi dan pengguna tidak perlu hadapi ketiadaan bekalan air,” katanya kepada Media Selangor.

  • PENCEMARAN 28 JULAI: Bau abnormal dikesan di Sungai Semenyih sekitar jam 1.40 pagi. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) aktifkan kod kuning yang boleh sebabkan bekalan air terganggu. Siasatan dapati ada buangan kitar semula dan tumpahan seakan-akan minyak

  • PENCEMARAN 15 JULAI: Peningkatan bacaan ammonia di muka sauk LRA Sungai Semenyih menyebabkan operasi pengepaman SJAM dari kolam C diaktifkan. Air di pam sebanyak 616 juta liter sehari (JLH)

  • PENCEMARAN 5 JULAI: Bau abnormal dikesan berhampiran muka sauk LRA Sungai Semenyih pada 12.30 pagi. Kod kuning diaktifkan, SJAM Pakej C telah diaktifkan dengan pengepaman air sejumlah 770 JLH. Diusahakan sejak 2021, SJAM dibangunkan Kerajaan Selangor yang menelan kos RM320 juta. Fasa satu meliputi Pakej A,B,C dan D termasuk membina kolam takungan HORAS yang boleh menampung air mentah tambahan 300 JLH.

Fasa kedua pula bagi memastikan kecukupan air mentah ketika menghadapi musim kemarau. Justeru, Kerajaan Negeri menyenaraikan semua kolam takungan dan tasik bagi memanfaatkan sumber air alternatif.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Dato' Johary Anuar berucap ketika sesi bengkel strategik bilangan 2 Rancangan Selangor Kedua (RS-2) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Seksyen 15, Shah Alam pada 14 April 2025. Foto REMY ARIFIN/ MEDIA SELANGOR

Selain itu, rumah pam yang dibina di Kolam Hang Tuah 5 untuk LRA Rantau Panjang di Bestari Jaya, Kuala Selangor juga membekal air bersih jika pencemaran berlarutan.

Pelencongan sungai dan pengepaman di LRA Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2 dan 3 membabitkan Pakej C juga boleh mengelakkan pencemaran memasuki loji.

Menurut Johary, LRA Sungai Selangor dan LRA Rantau Panjang membekal 60 peratus bekalan manakala LRA Sungai Semenyih meliputi 462 kawasan merangkumi 388,690 akaun pengguna atau kira-kira sejuta penduduk.

"Jika kita tidak ambil apa-apa langkah (membangunkan SJAM), semua LRA akan kerap ditutup kerana pencemaran sumber air boleh berlaku pada bila-bila masa,” katanya.

Beliau memberitahu gangguan bekalan akibat pencemaran lazimnya dipulihkan dalam masa singkat tetapi proses penyaluran air mengambil masa dan menyebabkan keselesaan pengguna terjejas.

Johary percaya kejayaan SJAM selari hasrat Rancangan Selangor Pertama sebagai nilai ukur Kerajaan Selangor dalam memastikan bekalan air 24 jam kepada penduduk meski ada pencemaran.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.