ad

Cubaan seludup 207 kilogram ganja di Sungai Golok digagalkan tentera

22 Ogos 2025, 12:06 AM
Cubaan seludup 207 kilogram ganja di Sungai Golok digagalkan tentera
Cubaan seludup 207 kilogram ganja di Sungai Golok digagalkan tentera
Cubaan seludup 207 kilogram ganja di Sungai Golok digagalkan tentera

KOTA BHARU, 22 OGOS: Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menggagalkan cubaan menyeludup ganja mampat seberat 207 kilogram bernilai lebih RM600,000 di kawasan Sungai Golok, sempadan Malaysia-Thailand semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) memaklumkan kegiatan itu dikesan pada 12.45 tengah hari, ketika pasukan rondaan di bawah tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia terserempak dengan empat lelaki yang sedang memindahkan barang dari sebuah bot ke tebing sungai di sebelah Malaysia.

“Menyedari kehadiran pasukan operasi, semua lelaki terbabit melarikan diri ke tebing Thailand dan meninggalkan barangan itu.

“Pemeriksaan menemukan empat kotak ganja mampat seberat 207 kilogram dianggar bernilai RM641,700,” menurut Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia dalam kenyataan.

Semua barang rampasan diserahkan kepada Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.