ad

Pesawat Hornet TUDM terbabit kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan

21 Ogos 2025, 2:33 PM
Pesawat Hornet TUDM terbabit kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan

SHAH ALAM, 21 OGOS: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet terbabit dalam kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan pada jam 9.05 malam tadi.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM memaklumkan tindakan segera sedang diambil dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung insiden tersebut.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.