ad

SICS 2025 platform persediaan hadapi negara menua 2030

21 Ogos 2025, 7:07 AM
SICS 2025 platform persediaan hadapi negara menua 2030
SICS 2025 platform persediaan hadapi negara menua 2030
SICS 2025 platform persediaan hadapi negara menua 2030
SICS 2025 platform persediaan hadapi negara menua 2030

PUTRAJAYA, 21 OGOS: Sidang Kemuncak Penjagaan Antarabangsa Selangor (SICS) 2025 Oktober ini bakal mengetengahkan perkongsian menarik sebagai persediaan menuju negara menua pada 2030.

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berkata Kerajaan Negeri menjemput penceramah tempatan dan antarabangsa termasuk wakil dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UN bagi membincangkan pelbagai pengisian berkaitan.

“Dalam Care Forum kita bawak topik yang melibatkan pelbagai pemegang taruh seperti pembuat polisi, sudut pandang ekonomi, kebajikan dan sebagainya.

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari ditemui media pada Karnival Pemerkasaan Wanita 2025 di Kompleks Kejiranan Presint 16 Putrajaya pada 21 Ogos 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

“Kita juga bawa penceramah dari Australia, Indonesia dan dari UN Women. Saya kira perbincangan ini menarik jika kita mahu bersedia menjadi negeri menua pada 2030 nanti,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan Karnival Pemerkasaan Wanita anjuran kumpulan mahasiswa Pusat Pengajian Siswazah (UKM-GSB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Dewan Serbaguna Kompleks Kejiranan Precinct 16 di sini, hari ini.

Anfaal menambah, pendaftaran untuk menyertai Care Forum masih dibuka dengan yuran pendaftaran awal sebanyak RM200 seorang sehingga 31 Ogos ini, berbanding harga asal RM300.

Menurutnya, lebih 50 peratus reruai SICS sudah ditempah dengan peserta terdiri daripada pelbagai agensi termasuk institut pengajian tinggi, yang turut melibatkan peserta tempatan dan antarabangsa.

“Harapan saya ramai yang datang berkunjung untuk mengetahui mengenai ekonomi penjagaan selain peluang untuk pemain industri bahawa sektor ini mempunyai nilai ekonomi yang tinggi,” katanya.

SICS merupakan antara acara utama bawah Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) edisi ke-9 yang memberi tumpuan khusus kepada pembangunan ekonomi penjagaan.

Sidang kemuncak julung kali itu menampilkan empat komponen utama iaitu Care Forum, Care Expo, Care Business Matching dan Care Townhall.

SIBS dijadual berlangsung bermula 9 hingga 11 Oktober di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.