ad

Sabak Bernam, Hulu Langat, Sepang diramal hujan lebat hingga 1 tengah hari

21 Ogos 2025, 3:19 AM
Sabak Bernam, Hulu Langat, Sepang diramal hujan lebat hingga 1 tengah hari

SHAH ALAM, 21 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Hulu Langat dan Sepang hingga 1 tengah hari ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, cuaca sama dijangka berlaku di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis, Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Jelas MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.