ad

Selangor bantu 201 taska daftar secara sah setakat Disember 2024

19 Ogos 2025, 8:25 AM
Selangor bantu 201 taska daftar secara sah setakat Disember 2024
Selangor bantu 201 taska daftar secara sah setakat Disember 2024
Selangor bantu 201 taska daftar secara sah setakat Disember 2024
Selangor bantu 201 taska daftar secara sah setakat Disember 2024

SHAH ALAM, 19 OGOS: Sebanyak 201 taska di Selangor berjaya didaftarkan secara sah setakat Disember tahun lalu menerusi pengaktifan Pusat Sehenti di peringkat negeri dan daerah.

EXCO Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata inisiatif itu bagi memudahcara proses pendaftaran sehingga pengusaha memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi-agensi teknikal.

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berucap ketika Program Advokasi Perkhidmatan Taska dan Sambutan Hari Taska Selangor 2025 di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 19 Ogos 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

“Selain bantuan Geran Pusat Jagaan (GPJ), penubuhan Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Perkhidmatan Penjagaan Negeri Selangor diwujudkan bagi menilai semula peraturan serta piawaian, dengan memperkemas garis panduan agar lebih relevan dan praktikal.

“Kita turut memberi notis peringatan serta mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap taska yang gagal mematuhi peraturan demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak sentiasa terpelihara,” katanya.

Beliau berucap ketika Majlis Penutup Program Advokasi Perkhidmatan Taska dan Sambutan Hari Taska Selangor di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, di sini, hari ini.

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari (tengah) dan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Azmir Kassim (empat, kiri) bergambar bersama pegusaha taska selepas menyampaikan sijil penyertaan kepada taska berdaftar ketika Program Advokasi Perkhidmatan Taska dan Sambutan Hari Taska Selangor 2025 di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 19 Ogos 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Menurut Anfaal, pengaktifan Pusat Sehenti juga banyak membantu mempercepat proses pendaftaran kerana pengusaha diberi bimbingan sehingga memenuhi semua syarat ditetapkan.

Katanya, sistem pendaftaran lebih mudah dan efisien itu menjadi antara faktor peningkatan ketara jumlah taska berdaftar di Selangor dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Anfaal menegaskan, industri penjagaan kanak-kanak bukan sekadar sektor ekonomi tetapi merupakan keperluan penting dalam menyokong kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari dan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Azmir Kassim bergambar bersama selepas Program Advokasi Perkhidmatan Taska dan Sambutan Hari Taska Selangor 2025 di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 19 Ogos 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.