ad

Jejambat RM52 juta di Pelangi Semenyih bakal atasi kesesakan, siap 2027

19 Ogos 2025, 4:23 AM
Jejambat RM52 juta di Pelangi Semenyih bakal atasi kesesakan, siap 2027

SHAH ALAM, 19 OGOS: Sebuah jejambat (flyover) bernilai RM52 juta akan dibina di Pelangi Semenyih bagi menghubungkan Jalan Semenyih dengan Bandar Tasik Kesemua dalam masa terdekat.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz, berkata projek itu bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar Bandar Tasik Kesemua, Bandar Kerinching dan Eco Forest yang sekian lama membelenggu pengguna jalan raya.

“Terdapat pembangunan berskala besar oleh hampir 10 pemaju di kawasan Beranang dan Jalan Broga. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menyelaras pembinaan jejambat ini melalui perjanjian bersama syarikat konsesi semalam,” katanya.

Beliau yang juga Penyelaras DUN Semenyih memaklumkan, kos pembinaan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak pemaju dengan jangkaan siap pada tahun 2027.

“Dengan adanya jejambat ini, aliran trafik dapat disuraikan dengan lebih lancar serta memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti sekitar, khususnya di Beranang dan Semenyih. Semoga projek ini berjalan lancar demi kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.