ad

Pemandu lori maut rempuh belakang treler tembikai di Plus Kamunting

19 Ogos 2025, 12:51 AM
Pemandu lori maut rempuh belakang treler tembikai di Plus Kamunting

IPOH, 19 OGOS: Seorang pemandu maut selepas lori membawa muatan telur yang dipandunya melanggar belakang lori mengangkut tembikai dalam kejadian di KM198.1 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara di Kamunting, awal pagi tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata bomba menerima panggilan pada 5.18 pagi dan sepasukan 16 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Anggota melaksanakan kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan telescopic bagi membuat renggangan dan pemotong hidraulik untuk buat potongan pada bahagian lori," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa lelaki berusia 32 tahun berjaya dibawa keluar dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada 6.52 pagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.