ad

Lebih 8,000 pelari meriahkan PJ Half Marathon, 250 dari luar negara

18 Ogos 2025, 1:00 PM
Lebih 8,000 pelari meriahkan PJ Half Marathon, 250 dari luar negara
Lebih 8,000 pelari meriahkan PJ Half Marathon, 250 dari luar negara
Lebih 8,000 pelari meriahkan PJ Half Marathon, 250 dari luar negara

SHAH ALAM, 18 OGOS: Lebih 8,000 peserta dalam dan luar negara memeriahkan acara PJ Half Marathon 2025 edisi ke-35, semalam yang berlangsung di Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Sekretariat Media, MBPJ menerusi kenyataan memaklumkan acara ikonik itu turut disertai 250 pelari antarabangsa dari 34 negara.

Penyertaan tertinggi luar negara direkodkan dari Jepun dan Singapura masing-masing 30 peserta diikuti Filipina (25), Netherlands (20) dan India (20).

"Kehadiran pelari antarabangsa ini sekali lagi mengukuhkan reputasi PJ Half Marathon sebagai antara acara larian paling berprestij di Malaysia yang terus mendapat pengiktirafan di peringkat global," katanya.

Edisi kali ini menampilkan lima kategori utama iaitu larian 30 kilometer (km) terbuka, 21km terbuka, 10km terbuka, 5km 'fun run' serta 1km 'fun run' bertemakan kostum.

Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya Aznan Hassan menyampaikan hadiah kepada pemenang PJ Half Marathon 2025 di Laman MBPJ pada 17 Ogos 2025. Foto MBPJ

Menariknya, pihak penganjur turut menawarkan hadiah keseluruhan RM60,200 bagi semua kategori pertandingan.

PJ Half Marathon 2025 merupakan anjuran bersama MBPJ dan Puncak Ventures SRA Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Olahraga Para Selangor.

Edisi tahun ini turut menyaksikan pertambahan bilangan penaja antaranya minuman istonik 100Plus serta air mineral Ice Mountain daripada F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, pakaian jenama Vrtic.

Turut menaja adalah pakaian ketahanan RULe, sumber pita sukan ATF Sport Taping, jenama sukan Xtep Malaysia, Suunto Malaysia, Hospital Assunta, Mamee Double Decker Sdn Bhd dan S&P Industries Sdn Bhd.

Terdahulu, pelepasan pertama bagi kategori larian 30km disempurnakan Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya Aznan Hassan bermula 3.30 pagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.