ad

Wanita terjun kenderaan di Lebuhraya Sprint, polis kesan saksi

18 Ogos 2025, 11:02 AM
Wanita terjun kenderaan di Lebuhraya Sprint, polis kesan saksi

KUALA LUMPUR, 18 OGOS: Polis mengesan individu terlibat dan saksi kejadian seorang wanita terjun keluar dari sebuah kenderaan di Lebuhraya Sprint di sini, yang tular menerusi video berdurasi 14 saat.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata video itu dimuat naik menerusi akaun Facebook Lion Wong memaparkan seorang wanita membuka pintu dan keluar ketika kenderaan itu sedang bergerak laju di laluan kedua lebuh raya terbabit.

“Wanita tersebut telah bergolek di atas jalan raya dan hampir dilanggar oleh beberapa kenderaan. Polis Diraja Malaysia mengesahkan setakat ini tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian itu.

“Orang ramai yang terlibat atau saksi kejadian diminta tampil membuat laporan polis di mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan IPD Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.