ad

Hari Eksport Selangor 2025 buka peluang usahawan tembusi pasaran antarabangsa

18 Ogos 2025, 12:30 PM
Hari Eksport Selangor 2025 buka peluang usahawan tembusi pasaran antarabangsa

SHAH ALAM, 18 OGOS: Usahawan tempatan berpeluang mempelajari selok-belok eksport produk ke pasaran antarabangsa menerusi penganjuran Hari Eksport Selangor 2025 pada 25 dan 26 Ogos ini.

Program dua hari yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam itu dijadual bermula jam 9 pagi hingga 5 petang dengan yuran penyertaan RM50 seorang.

Menurut Bahagian Pembangunan Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), pengisian utama melibatkan perkongsian mengenai kesiapsiagaan eksport, dokumentasi, keperluan logistik, risikan pasaran serta pengalaman daripada pengeksport berjaya di negeri ini.

Program tersebut dianjur bersama Kerajaan Negeri, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan PKNS.

Maklumat lanjut berhubung penyertaan boleh diperoleh menerusi saluran rasmi penganjur.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.