ad

EXCO: Anak bekas anggota GISBH kini bersekolah, ibu bapa jalani kelas pemulihan

18 Ogos 2025, 6:46 AM
EXCO: Anak bekas anggota GISBH kini bersekolah, ibu bapa jalani kelas pemulihan
EXCO: Anak bekas anggota GISBH kini bersekolah, ibu bapa jalani kelas pemulihan
EXCO: Anak bekas anggota GISBH kini bersekolah, ibu bapa jalani kelas pemulihan
EXCO: Anak bekas anggota GISBH kini bersekolah, ibu bapa jalani kelas pemulihan
EXCO: Anak bekas anggota GISBH kini bersekolah, ibu bapa jalani kelas pemulihan

SHAH ALAM, 18 OGOS: Anak bekas anggota GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) kini berada dalam keadaan baik dan sudah bersekolah, kata EXCO agama.

Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata mereka juga turut menerima bantuan zakat seperti pakaian sekolah selain ibu bapa sedang menjalani kelas pemulihan yang disediakan dalam tempoh enam bulan.

“Daripada aspek perundangan, dua minggu lepas kertas pendakwaan dipulangkan untuk diperkemas dan kini dihantar semula.

“Bagi anak-anak yang ditahan pula, mereka bersekolah dengan baik dan turut menerima bantuan zakat, dapat pakaian. Bagi ibu bapa pula, mereka hadir ke kelas pemulihan disediakan yang sedang berjalan selama enam bulan,” katanya.

EXCO Agama Dr Mohammad Fahmi Ngah berucap ketika Majlis Penyampaian Anugerah The Malaysia Book of Records (MBR) Flexi Parking di DoubleTree by Hilton, I-City Shah Alam Selangor pada 18 Ogos 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

Beliau berkata demikian selepas hadir ke majlis pengiktirafan Flexi Parking, sistem tempat letak kereta pintar yang berjaya melakar sejarah dan diiktiraf The Malaysia Book of Records (MBR) di sini hari ini.

Sebelum ini, Media Selangor melaporkan, kanak-kanak yang diselamatkan dari premis jagaan GISBH dipulangkan ke pangkuan keluarga masing-masing secara berperingkat bermula awal tahun ini.

Berhubung penganjuran program eHATI, Mohammad Fahmi memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang meneliti kes tersebut bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Siasatan kini lebih menjurus kepada polis dan didapati ia tidak hanya berlaku di Selangor tetapi di luar negara seperti di Bali, Indonesia.

“PDRM dan Jais sedang menyiasat secara terperinci termasuk aduan aktiviti yang sedikit ekstrem dan tidak sesuai… siasatan sedang dijalankan termasuk mengumpul semua fakta,” ujarnya.

EXCO Agama Dr Mohammad Fahmi Ngah (tiga kiri) menyaksikan penyerahan sijil The Malaysia Book of Records (MBR) daripada wakil MBR Megat Faris Hussein Megat Muzaffar Shah (dua kanan) kepada wakil Flexi Parking Lai Thiam Sin (dua kiri) ketika Majlis Penyerahan Anugerah MBR kepada Flexi Parking pada 18 Ogos 2025 di Hotel Double Tree by Hilton I-City Shah Alam. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.