ad

Sebutan semula kes amang seksual Naim Daniel 19 Sept depan

18 Ogos 2025, 5:10 AM
Sebutan semula kes amang seksual Naim Daniel 19 Sept depan

PUTRAJAYA, 18 OGOS: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 19 Sept ini untuk sebutan semula kes penyanyi Naim Daniel yang didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel pada Mei lepas.

Hakim Datin M Kunasundary menetapkan tarikh itu pada prosiding tertutup ketika kes berkenaan disebut dihadapannya hari ini.

Naim Daniel atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor pada 8.56 pagi, 19 Mei lepas.

Pada 17 Jun lepas, dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792), yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Shaharuddin, manakala Naim Daniel diwakili peguam Nur Syafiah Athirah Ahmad Shafique, Mohd Irwan Sumadi dan Datuk Amirul Ridzuan Hanif.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.