ad

Pelajar mati tergantung: Polis dakwa suspek mungkin dikenali mangsa

18 Ogos 2025, 4:44 AM
Pelajar mati tergantung: Polis dakwa suspek mungkin dikenali mangsa

KUALA LUMPUR, 18 OGOS: Suspek kes pembunuhan pelajar wanita sebuah kolej yang ditemukan tergantung pada kipas siling di rumah keluarganya di USJ 2/1, Subang Jaya, Khamis lepas, berkemungkinan individu yang dikenali mangsa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata ia berikutan tiada kehilangan harta benda dilaporkan di lokasi kejadian.

“Polis telah merakam keterangan 12 individu bagi menyiasat motif kejadian melibatkan pelajar berusia 20-an itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan bapa pelajar itu menemukan mangsa dalam keadaan tergantung pada kipas siling di ruang tamu tingkat dua rumah berkenaan pada 11.55 pagi, 14 Ogos sebelum menghubungi polis.

Hasil bedah siasat di Hospital Serdang mengesahkan punca kematian akibat pendarahan di sekeliling hyoid bone (tulang leher), manakala kecederaan pada otot dan tulang adalah kesan daripada manual strangulation (cekik).

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.