ad

Menteri gesa siasatan segera murid 10 tahun hidap barah dibuli

18 Ogos 2025, 3:23 AM
Menteri gesa siasatan segera murid 10 tahun hidap barah dibuli

JOHOR BAHRU, 18 OGOS: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mahu siasatan kes buli melibatkan seorang murid di Johor disegerakan dengan tindakan sewajarnya dapat diambil.

Fadhlina berkata beliau mengambil serius kejadian berkenaan dan menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap salah laku buli di semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

“Ia mesti dikendalikan dengan adil dan telus berdasar kepada garis panduan yang telah ditetapkan," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Semalam ibu kepada seorang murid lelaki berusia 10 tahun mendakwa anaknya yang menghidap kanser hidung, kini menderita akibat gegaran otak selepas menjadi mangsa buli di sebuah sekolah agama Februari lepas.

Wanita itu turut kesal dengan mendakwa pelaku berusia 12 tahun tidak dikenakan tindakan sewajarnya kerana masih di bawah umur.

Sementara itu, Fadhlina berkata pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menziarahi murid berkenaan yang sedang mendapatkan rawatan di hospital.

"Saya doakan semoga anak ini diberi kesembuhan segera," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.