ad

JSJ rujuk semula kertas siasatan Zara Qairina ke AGC esok

17 Ogos 2025, 12:34 PM
JSJ rujuk semula kertas siasatan Zara Qairina ke AGC esok
JSJ rujuk semula kertas siasatan Zara Qairina ke AGC esok
JSJ rujuk semula kertas siasatan Zara Qairina ke AGC esok
JSJ rujuk semula kertas siasatan Zara Qairina ke AGC esok

KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman akan merujuk semula kertas siasatan kes kematian pelajar Zara Qairina Mahathir ke Pejabat Peguam Negara, esok.

Pengarahnya Datuk M Kumar berkata ia bagi mendapatkan nasihat dan arahan setelah tindakan siasatan lanjut dilaksanakan pasukan khas JSJ Bukit Aman.

Setakat ini, polis telah merakam percakapan 195 saksi antaranya pelajar, guru, pegawai perubatan, warden, pengawal keselamatan dan ibu bapa.

“Siasatan polis memfokuskan kepada dua elemen penting melibatkan siasatan daripada aspek inkues dan perlakuan jenayah lain seperti buli serta penularan berita palsu.

“Polis Diraja Malaysia menyeru masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi atau mencetuskan sentimen yang boleh menimbulkan suasana tidak harmoni,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kumar berkata polis memberi jaminan proses siasatan adalah menyeluruh dan telus tanpa melindungi mana-mana pihak.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, di sini pada 17 Julai, selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar pada pagi 16 Julai.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.