ad

Tujuh rakyat Palestin maut dalam serangan dron Israel di Gaza

17 Ogos 2025, 10:48 AM
Tujuh rakyat Palestin maut dalam serangan dron Israel di Gaza

ANKARA, 17 OGOS: Sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin terbunuh manakala beberapa yang lain cedera pada Ahad selepas tentera Israel melancarkan serangan dron di Bandaraya Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik sumber perubatan.

Menurut saksi, serangan itu menyasarkan sekumpulan orang awam yang sedang berkumpul di halaman Hospital Al-Ahli Baptist.

Israel telah membunuh hampir 61,900 rakyat Palestin di Gaza sejak Oktober 2023. Kempen ketenteraan itu telah memusnahkan wilayah berkenaan dan menyebabkannya di ambang kebuluran.

November lepas, Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung serangannya ke atas wilayah itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.