ad

Chong Wei mampu pacu kemajuan badminton negara sebagai Ahli Majlis BAM

17 Ogos 2025, 7:01 AM
Chong Wei mampu pacu kemajuan badminton negara sebagai Ahli Majlis BAM
Chong Wei mampu pacu kemajuan badminton negara sebagai Ahli Majlis BAM
Chong Wei mampu pacu kemajuan badminton negara sebagai Ahli Majlis BAM
Chong Wei mampu pacu kemajuan badminton negara sebagai Ahli Majlis BAM

KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Bekas pemain beregu lelaki negara, Tan Boon Heong menyambut baik pelantikan legenda badminton Malaysia Datuk Seri Lee Chong Wei sebagai Ahli Majlis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baharu.

Beliau berkata pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu memiliki ramuan terbaik untuk terus memacu kemajuan badminton negara, sambil berharap BAM memberi ruang serta kebebasan kepada Chong Wei untuk melaksanakan tugasnya dengan berkesan.

“Kalau Datuk Seri Chong Wei masuk BAM memang saya rasa boleh tolong BAM. Tapi kalau beliau sekadar datang untuk masuk meeting bagi saya ia satu pembaziran.

“Kita kena bagi beliau kebebasan dan kuasa untuk buat apa yang beliau mahu sebab saya rasa beliau tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu Presiden BAM Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan pelantikan Chong Wei sebagai seorang daripada ahli majlis baharu BAM sekali gus menandakan kemunculan semula beliau dalam arena badminton negara, selaras dengan visi BAM menjadikan Malaysia kuasa besar badminton dunia.

Selain Chong Wei, Zafrul berkata pihaknya turut bersetuju melantik tiga tokoh korporat terkemuka iaitu Pengarah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Tan Sri Gooi Hoe Soon (Kewangan); bekas Ketua Pegawai Eksekutif NTV7 Datuk Seri Shazalli Ramly (Penjenamaan dan Strategi Media); dan Peguam, Datuk Sunil Abraham (Perundangan) sebagai Ahli Majlis BAM.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.