ad

Helang Putih maskot SUKMA Selangor 2026

15 Ogos 2025, 2:27 PM
Helang Putih maskot SUKMA Selangor 2026
Helang Putih maskot SUKMA Selangor 2026
Helang Putih maskot SUKMA Selangor 2026
Helang Putih maskot SUKMA Selangor 2026
Helang Putih maskot SUKMA Selangor 2026

SHAH ALAM, 15 OGOS: Helang Putih sekali lagi dipilih sebagai maskot Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor yang dijadual berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos tahun depan.

Sebelum ini, Helang Putih pernah menjadi maskot Selangor ketika menjadi tuan rumah SUKMA pada 1998.

Pelancaran maskot Helang Putih itu disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada majlis pelancaran SUKMA Selangor di Dewan Raja Muda Musa di sini, malam ini.

Turut dilancar logo rasmi SUKMA Selangor 2026 berbentuk obor dengan angka romawi XXII yang meraikan Selangor kembali menjadi tuan rumah. SUKMA Selangor juga memperkenalkan tema Rentak Kita, Aksi Kita.

Pada majlis sama, turut berlangsung penyerahan plakad logo kepada rakan penaja rasmi iaitu Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Koridor Utiliti Selangor(KUSEL) dan Broadcast Production & Sales APAC (BPSA).

Sementara itu, Petronas Litar Antarabangsa Petronas Sepang (Petronas SIC) yang menjadi lokasi rasmi majlis pembukaan kejohanan temasya SUKMA Selangor dilantik sebagai rakan kerjasama strategik.

Semua 12 pihak berkuasa tempatan di Selangor termasuk beberapa agensi kerajaan dan swasta dilantik sebagai rakan kerjasama prasarana.

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB) pula dipilih sebagai rakan rasmi penyiaran sukan selain Astro, TV Sarawak (TVS), SGTV dan Arqiva UK.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyerahkan plakad berlogo kepada Pengarang Kanan MSSB Khairulnizam Bakeri (dua, kiri) yang dipilih rakan rasmi penyiaran Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 ketika Majlis Pelancaran Logo, Maskot, Tema SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam pada 15 Ogos 2025 . Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR


Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.