ad

Kupang, kerang di perairan Port Dickson belum selamat dimakan - Jabatan Perikanan

15 Ogos 2025, 8:01 AM
Kupang, kerang di perairan Port Dickson belum selamat dimakan - Jabatan Perikanan
Kupang, kerang di perairan Port Dickson belum selamat dimakan - Jabatan Perikanan
Kupang, kerang di perairan Port Dickson belum selamat dimakan - Jabatan Perikanan

SEREMBAN, 15 OGOS: Ujian makmal bagi sampel kedua yang dilakukan Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur (PBPKL) Selasa lepas terhadap kupang dan kerang-kerangan di perairan Port Dickson mendapati bacaan biotoksin masih melebihi 800 per bilion (ppb).

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) Kasim Tawe berkata justeru makanan laut itu masih tidak selamat kerana boleh menyebabkan masalah kesihatan dan larangan memakannya masih dikuatkuasakan.

“Untuk sampel yang kita ambil Selasa lepas di dua lokasi iaitu di perairan Kampung Teluk dan Sungai Sekawang mendapati bacaan biotoksin masih melebihi had. Sampel ketiga akan diambil pada minggu depan.

“Berikutan keputusan sampel kedua masih melebihi paras yang dibenarkan, JPNS akan mengambil sampel dan memantau keadaan setiap minggu hingga keputusan paras biotoksin rendah daripada paras yang dibenarkan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak mengutip, mengambil atau menuai kerang-kerangan di perairan itu untuk sementara waktu.

Media sebelum ini melaporkan Persatuan Nelayan Kawasan Telok Kemang mendakwa mengesan fenomena yang dipercayai ledakan alga di Perairan Pasir Panjang serta mengeluarkan hebahan larangan penjualan dan penuaian sumber kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.